kbba9

! Raya Sale !

Saturday, December 31, 2016

Welcome 2017

*CONSIDERATIONS FOR 2017* 
Some Advice
________________________________
*1. ON EARNING:*
Never depend on single income. Make investment to create a second chance.
_________________________________
*2. ON SPENDING:*
If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.
________________________________
*3. ON SAVINGS:*
Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.
________________________________
*4. ON TAKING RISK:*
Never test the depth of a river with both feet.
________________________________
*5. ON INVESTMENT:*
Do not put all eggs in one basket.
________________________________
*6. ON EXPECTATIONS:*
Honesty is a very expensive gift. Do not expect it from cheap people.
________________________________
*7. Past* is a waste paper, present is a newspaper, and future is a question paper. Come out of your past, control the present, and secure the future.
________________________________
*8. When bad things happen* in your life, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you or you can let it strengthen you.
_______________________________
*9. Our eyes are in the front* because it is more important to look ahead than to look backwards.
_______________________________
*10.* We use pencil when we were young, but now we use pens. Do you know why? Because mistakes in childhood can easily be erased, unlike now.

*Wish you a prosperous 2017 !!*

100 IMPIAN KECIL NURFARHANAH

Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah 100 impian kecil saya, Nurfarhanah Binti Suardi untuk tahun 2016 :

‌1. Saya dah jadi Stokis Sah JSD. - Done! Alhamdulillah. 28/06/2016 (Selasa) 11.00pagi
‌2. Saya nak jual 100 barang bisnes sepanjang 2016.
‌3. Saya nak beli jam sukan (cth : Polar) warna pink.
‌4. Saya nak beli 2 helai baju / blouse muslimah dan menyusu dan 2 helai skirt. - Done buy 2 blouse and 2 skirt at Awanazstyle Kota Tinggi (Red & Mint) on 24/06/2016. Done buy a blouse and skirt at Kilang Bateri, JB on 06/12/2016
‌5. Saya nak buka akaun simpanan peribadi di Maybank. - Done register M2U Svers-i on 13/06/2016
‌6. Saya nak register ahli Powergold untuk saya dan anak-anak. - Done (Aku dan Arsyad - 23/02/2016)
7. Saya nak beli 5 jenis lipstik Fame Cosmetic : Fuschia, Candy, Nude, Party, Desire - Done buy on 20/10/2016 (Nude, Desire, Limited Edition - Topaz and Glam)
‌8. Saya nak beli oven 2.5L RM400. - Saya main undi , RM30x5Orang = RM150, turn saya pada 15/12/2016. Done accepted from Mak Kutu by Poslaju on 01/12/2016, Electric Oven (FABER Size 26L)
‌9. Saya nak betulkan mesin basuh baju. - Done repaired on November 2016 RM80
‌10. Saya nak bayar hutang AEON CREDIT sebanyak RM1,000.
11. Saya nak beli tudung Naelofar - Done buy on 05/07/2016 (Emerald Green)
‌12. Saya nak jumpa leader JSD terbaik saya iaitu Aida Ab Wahab.
‌13. Saya nak jumpa pengasas JSD DS Hanni Borhan.
‌14. Saya nak beli wrislet Carlo Rino RM250.00 - Done buy at AEON after 30% discount RM174.30 on 06/03/2016
‌15. Saya nak bawa anak saya pergi bercuti di Kelantan. - Done #CutiCutiKelantan on 13-16/09/2016
‌16. Saya nak belikan Amyrul Arsyad kereta atau motor mainan yang boleh cas bateri. - Done buy a police motocycle from My Hubby for my kiddos.
‌17. Saya nak beli baju Kurti. - Done buy at Galleria Kotaraya - Hijau
‌18. ‌Saya nak beli sepasang kasut kerja jenama Crocodile.
‌19. Saya nak turunkan berat sebanyak 10kg sepanjang 2016 (Berat sekarang 99.7kg). - Berat 14/08/2016 - 99.3kg , Berat 04/09/2016 - 94.7kg, Berat 29/09/2016 - 97.7kg, Berat 16/10/2016 - 94.5kg
‌20. Saya nak bayar hutang saya pada abah saya sebanyak RM5,000 bermula Ogos 2016. Pinjaman pada 18/06/2016. - Done pay RM on
‌21. Saya nak derma RM1,000 kepada Warga Prihatin. - Done 1.RM20 (13/06/2016), 2.RM20 (22/09/2016), 3.RM20 (20/10/2016)
‌22. Saya nak bawa anak-anak saya, Arsyad dan Akhmal tidur di Hotel. - Done brought them sleep one night at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor on 16/12/2016 (check in 11.30pm).
‌23. Saya nak beli tiket flight pergi dan balik ke Labuan untuk jumpa adik saya, sebab saya selalu rindu dia.
‌24. Saya nak belikan abah saya hadiah hari lahir bernilai RM1,00.
‌25. Saya nak tebus barang kemas kat Yapeim RM3,000. - Done bayar 1 surat pada 25/04/2016 - RM273.30, 

26. Saya nak balik pada hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk salam peluk cium dengan abah saya dan adik beradik saya. - Tak dapat salam adik kesayangan saya juga. "(
‌27. Saya nak buat upah haji untuk arwah mak saya, doakan saya. Al-fatihah.
‌28. Saya nak bantu kawan baik saya Nurul Azlina Aman dalam kerjaya dia, supaya dia boleh berhenti kerja dan bekerja sendiri.
‌29. Saya nak buka akaun syarikat saya di CIMB Bank Berhad
‌30. Saya nak beli handbag untuk pergi kerja. - Done (My Hubby belikan handbag Vincci sebagai hadiah birthday yg ke 29 tahun pada 15/02/2016) (Done by My Hubby, Mango Maroon on 23/06/2016)
‌31. Saya nak belikan anak-anak baju di Butik H&M dan baju tidur di World Of Cartoon. - Done buy 2 pairs for Arsyad and 1 pairs for Akhmal at H&M on 02/07/2016)
‌32. Saya nak makan di Manhattan Fish Market - Done (Treat by My BFF Azlina)
‌33. Saya nak beli cadar bilik saiz queen warna pink atau merah.
‌34. Saya nak beli katil untuk anak bujang saya Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal
‌35. Saya nak bayar hutang BSN selama 3bulan sebanyak RM350.
‌36. Saya nak beli blazer hitam.
‌37. Saya nak beli basikal untuk Arsyad. - Done buy a bicycle by my father in law
‌38. Saya nak belikan kakak saya Nurfadilah sebuah handbag. - Done 
‌39. Saya nak belanja BFF saya makan. - Done treat Azlina at Papa Rich City Square, Jb on 12/10/2016
‌40. Saya nak bawa anak-anak pergi Legoland dan tidur di sana pada Disember 2016
‌41. Saya nak cuti 2 minggu pada November / Disember 2016.
‌42. Saya nak beli bra dan seluar sukan. - Done buy 1pcs sport bra and 1pcs long pant on 25/08/2016
‌43. Saya nak bawa anak-anak saya cuti di Melaka dan makan kuih keria di Limbongan.
‌44. Saya nak buka akaun SSPN untuk anak-anak saya.
‌45. Saya nak buka akaun ASB buat Amyrul Akhmal.
‌46. Saya nak beli kipas angin.
‌47. Saya nak buat sepasang baju korporat untuk dipakai pada tahun 2017.
‌48. Saya nak belikan Along saya Nurfadilah Binti Suardi handphone Samsung S6 Edge.
‌49. Saya nak belikan bapa mertua saya Abdul Manan bin Ismail handphone Samsung J5.
‌50. Saya nak beli handphone Iphone baru. - Done buy Iphone 5s Silver on July 2016
51. Saya nak beli telekung cotton bernilai RM200. - Done buy Telekung cotton from my friend Kak Munirah (RM120) on 30.06.2016.
‌52. Saya nak sedekah sebanyak RM50 di setiap surau atau masjid yang saya pergi.
‌53. Saya nak pergi gimnasium. -Done. Go with team Be Inspired 2.o at JATOMI, City Square, Johor Bahru.
‌54. Saya nak beli cincin belah rotan dan ukir nama saya.
‌55. Saya nak belikan kasut raya untuk anak-anak - Done buy for both by Mr. Hubby on 02/07/2016 dan 03/07/2016
‌56. Saya nak hadiahkan rantai emas jika adik saya Nurfasihah binti Suardi dapat melahirkan anak perempuan. Jika lelaki, saya nak hadiahkan dia RM200.
‌57. Saya nak hadiahkan diri sendiri blouse daripada butik Mumsluv. - Done buy a pink blouse RM69.00 on 22/09/2016
‌58. Saya nak beli kasut kerja untuk suami saya bernilai RM100.
‌59. Saya nak belikan kasut Jack Purcell warna putih untuk suami saya. - Done buy on July 2016 RM299.90.
‌60. Saya nak simpan 10% deposit rumah idaman saya sebanyak 20K.
‌61. Saya nak daftarkan haji untuk saya, suami dan anak-anak saya (RM8K).
‌62. Saya nak beli barang dan belajar cara make up yang simple. - Done buy Janna Nick Selfie Kit
‌63. Saya nak tebus kesalahan saya dengan kawan baik saya Norashikin binti Mohamed Ba'in, belikan sesuatu yang mungkin dia tak akan lupa.
‌64. Saya nak beli tudung Aidijuma. - Done buy 5pcs at Zalora for RM75
‌65. Saya nak beli jeans Levis saiz 32.
‌66. Saya nak beli blouse / kemeja warna putih.
‌67. Saya nak pergi kelas penyusuan / berpantang / kehamilan.
‌68. Saya nak tempah baju kurung moden. - Done. 
‌69. Saya nak ganti kad ATM CIMB BANK saya.
‌70. Saya nak bagi sesuatu kalau jumpa baby girl rambut panjang. - Done bagi duit raya for my daughter's officemate.
‌71. Saya nak jadi agen Dian'z Vitamin. - Done on 22/09/2016
‌72. Saya nak bawa anak saya dan anak saudara saya Nur Qistina pergi Hello Kitty.
‌73. Saya nak beli vacum warna hitam atau merah.
‌74. Saya nak beli laptop baru warna pink RM1500.
‌75. Saya nak simpan RM1,000 dalam akaun Tabung Haji saya dan anak-anak (Jumlah RM3,000).
‌76. Saya nak beli langsir warna krim.
‌77. Saya nak beli Lipstik keluaran Mamadil.
‌78. Saya nak beli almari dapur.
‌79. Saya nak join program kurus anjuran Jabatan saya. - Done join Programme Be Inspired 1.0 and 2.0 . I won 4th Round Up on Be Inspired 2.0 and get RM50 + goodies.
‌80. Saya nak bawa abah saya dan adik beradik saya bercuti di Melaka.
‌81. Saya nak bantu suami saya merealisasikan impian mencetak baju jenama beliau sendiri.
‌82. Saya nak beli tudung bawal Pucci. - Done buy at 07/12/2016
‌83. Saya nak beli ampai jemuran besi yang besar. - Done buy by Mr. Hubby at Lazada on Dec 2016
‌84. Saya nak beli kasut Women Stan Smith by Adidas, RM400 atau Coneo QT Shoes RM250
.
‌85. Saya nak bantu kakak saya Nurfadilah binti Suardi upgrade diri.
‌86. Saya nak beli ampai baju untuk sangkut baju yang dah gosok. - Done buy 2pcs by My Love at Tesco on 26/08/2016
‌87. Saya nak kumpul duit untuk pergi umrah dengan anak-anak saya.
‌88. Saya nak beli kasut kerja warna hitam bertutup penuh. - Done buy on October 2016 at Bata AEON Taman Universiti
‌89. Saya nak beli insurans kesihatan buat saya dan anak-anak.
‌90. Saya nak belajar masak kuah kacang kesukaan suami.
‌91. Saya nak botakkan rambut anak saya si Amyrul Akhmal. - Done @Kedai 2 'Z' on 08/02/2016
‌92. Saya nak pindah kuarters baru selepas raya. - Done moving out from old house on 10/10/2016

‌93. Saya nak beli hadiah perkahwinan buat suami saya, sebentuk cincin.
‌94. Saya nak pergi semua bahagian di Jabatan saya pada tahun ini. - Done 1.Sg. Pulai 2. Pasir Gudang
‌95. Saya nak belanja seorang kawan / keluarga sebulan sekali, bermula Febuari 2016. - Done (Feb:Ain dan Ika Praktikal) (March:MIL) (April:My Sons) (8 Mei:Half of officemate) (19 Mei:Officemate&MIL) (August:My Love and Kids) (October:Azlina)
96. Saya nak beri suami saya RM3,000.00 pada dia untuk dia mulakan bisnes baju dia.
97. Saya nak pergi Universal Studio Singapore dengan kawan baik saya Nurul Azlina Aman.
98. Saya nak belajar makan secara "eat clean".
99. Saya nak keluarkan jenama baju sendiri. Fokus pada blouse dan menyusu.
100. Saya nak cuti tanpa gaji untuk fokus dengan bisnes online saya.

Saya edit semula mengikut kemampuan saya. Walau banyak perubahan, namun saya harus tahu bahawa saya sedang mengukur baju di badan sendiri. Saya juga yang mampu mengubah nasib saya bukan orang lain. 

Mohon jangan kecam. ^_^

Semoga Allah permudahkan saya menunaikan impian kecil saya. Aamiin Allahumma Aamiin.


Updated : 28.12.2016 

Friday, December 30, 2016

Bersihnya kulit





Hai korang . Siapa pernah jumpa KakNa masa dalam gambar ni ?

KakNa sebenarnya rindu nak ada kulit bersih macam ni . Masa mengandungkan Arsyad , kulit memang bersih sangat dan ramai puji mengandung anak perempuan . Sampai sekarang , kulit Arsyad memang bersih dan kalau tengok macam perempuan , KakNa pun tak sangka , rezeki anak sulung ni , buat kulit KakNa semakin elok dan bersih . Syukur , Alhamdulillah . 

Thursday, December 29, 2016

Akhmal vs Firas


Geram tau budak dua orang ni . Kalau nangis , dua - dua sama kuat . Tapi Akhmal lagi kuat lah . Tapi biasalah baby kan .

Baju ni daripada Arsyad bawa ke Akhmal then Firas . In shaa Allah , kalau Firas ada adik lagi boleh pakai . Eh ? :)

Tetiba rasa macam nak ada baby lagi . Tet !

Wednesday, December 28, 2016

Ragam Anak - Anak :-)

    
   

 

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah rehat - rehat tadi pengasuh anak hantar gambar anak - anak . Ya Allah , rindu pula kat diorang . Teringat malam tadi KakNa termarah si adik Akhmal ni . Kesian dia . KakNa pun tak tahu akhir -akhir ni kenapa asyik nak marah - marah diorang . Maafkan Ummi sayang . :(

Gembira sakan diorang dapat naik kereta Mama ajak pergi kedai . Suka lah tu ! Si adik tu geram betul ! Pandai buat muka tau ! Haisshh , sabar jelah , anak - anak . Semoga tidak menyusahkan orang yang menjagamu yer sayang .

Anak ini memang anugerah Allah , KakNa bersyukur Allah bagi KakNa rezeki anak , walaupun rezeki duit tak seberapa namun tak pernah putus . Yang penting KakNa tak pernah putus asa untuk dapatkan rezeki yang berkat dan dirahmati Allah . Begitu juga dengan suami , Alhamdulillah KakNa nampak suami sentiasa cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan kami sekeluarga . Terima kasih sayang !

Apapun , terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga . Terima kasih juga yang sentiasa ambil berat pada kami , dan sentiasa menjaga anak - anak kami ketiak kami pergi bekerja . Semoga Allah sentiasa merahmati dan membahagiakan mereka dunia dan akhirat .

Till then . 

Friday, December 23, 2016

Sayang Dua Beradik

 

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang . Dah makan ke ? Pergi mana cuti panjang ni ? Mesti seronok kan ? Bagi yang ada anak sekolah mesti tengah sibuk lagi buat persiapan untuk anak - anak . KakNa ? Belum ada anak yang sekolah lagi . Hehe . 

Hari ni KakNa nak kongsi sikit tentang anak - anak KakNa , si Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal . Yelah , anak lelaki kan . KakNa rasa sekarang baru KakNa faham kenapa Allah bagi pada KakNa anak lelaki dua orang . 

Semua orang tahu anak ini anugerah Allah , Allah bagi pinjam kejap je . Sama macam suami , pun pinjaman juga . Tapi , macam mana kita nak hargai apa yang dah dipinjamkan pada kita adalah bagaimana kita melayan dan menjaga amanah itu .

Dua beradik ni setiap hari , memang buat darah KakNa naik . Tapi , dalam masa yang sama , mereka juga pandai untuk memujuk KakNa agar sentiasa menyayangi mereka . Sampaikan kadang - kadang KakNa rasa menyesal sebab marah diorang . Hurrmm .

Korang tau , masa KakNa ambil gambar ni , Akhmal dan Arsyad tengah makan nasi . Arsyad nampak sangat tengah kemam nasi dalam mulut . Akhmal pula memang semua makanan yang masuk ke dalam mulut dia , dia telan sahaja . Kalau datang angin baik mereka , makan boleh bersuap - suap , boleh berguran senda . Tapi , kalau datang angin kus - kus dia , semua benda di depan mata akan dibalingnya . Lagi - lagi si adik , Akhmal . Haisshh . 

Tahun depan , si abang Arsyad dah nak masuk 3 tahun . Kejapnya masa ! Macam baru semalam je bersalinkan dia . Adik Akhmal pula nak masuk 2 tahun . How times flies ! Masing - masing nak tunjuk pada KakNa diri masing - masing punya kehebatan . Masing - masing nak tunjuk hero . Hehehe . Kadang - kadang KakNa gelakkan jela bila melihat gelagat mereka . Kadang - kadang boleh jadi singa juga . Kesian anak - anak , dahlah masa bersama tak banyak lepas tu asyik kena marah pula :(

Kalau Allah bagi pinjaman lagi pada KakNa , KakNa memang akan sambut dan terima dengan hati yang terbuka . Cukuplah pengalaman lalu , KakNa nak belajar menerima dan menghargai apa yang ada di depan mata selagi mampu . Biarlah kenangan yang lepas menjadi sandaran kehidupan yang akan datang . In shaa Allah .

Oklah , sampai sini sahaja . Lain kali KakNa sambung lagi . 

Assalamualaikum . ^_^


Thursday, December 22, 2016

Wishlist 2016 : Oven - Done

 

Alhamdulillah , one of my Wishlist 2016 dah tercapai . KakNa main undi nak beli oven ni , main RM30 x 5 orang , so total RM150.00 siap pos . Murah kan ? Mana nak dapat harga macam ni kalau beli kat luar . 

Sebenarnya main undi untuk Oven Morgan 20liter, tapi Mak Kutu bagi tukar yang lagi besar  sebab bayar kutu awal. Tu yang dapat oven Faber ni . Alhamdulillah sangat tau , yelah daripada 20liter menjadi 26liter . Siapa tak suka oooiii ! 

Oven ni dah sampai masa 01.12.2016 aritu , dah nak dekat sebulan dah . Datang ngam - ngam hari Anniversary KakNa . Kira macam SUPRISE buat hadiah diri sendiri lah ni kan . Happy gila masa dapat tu . Kebetulan masa tu suami out station so , dia tak tahulah saiz sebenar oven ni . Bila dia balik dan tengok , amekkaw terkejut dia ! Hehehe . Suami tumpang gembira sebab wishlist KakNa dah tercapai .

Haa .. KakNa tahu korang nak tanya apa kan ? Mesti korang nak tanya dah guna ke belum ? Eh , memang belum lah ! Sebab KakNa masih tak tahu nak masak apa guna ni . Tulah manusia nia , bila tak ada beriya nak beli . Bila dah beli , tak guna . Haiisshhh . Harap tak jadi tukun lah oven ni kan ?

Tahun depan kita tengok tercapai ke tak wishlist KakNa yer . Korang jangan cemburu tau , KakNa kalau tak main undi pun tak merasa nak beli ni . Almaklumlah komitmen banyak . Hehehe . 

Terima kasih sudi baca . Jumpa lagi . ^_^

Tuesday, December 20, 2016

Nota daripada kawan








Bila ada orang bagi KakNa dokumen dengan coretan macam ni , terus rasa ada secret admire ! Hahaha ! Baru calit CC Cream sikit dan pakai maskara tau ! Hehe .
#kbba9 #KakNaStories #bilaadakawansamatingtong

Monday, December 05, 2016

Anak lagi ?

Assalamualaikum .
Jangan tanya soal anak lagi . 
Biar Allah yang beri . 
Rezeki anak itu sangat rahsia .
Cukuplah yang ada buat masa ni .
Trauma ? Korang tak rasa . 
Kasut dan jalan kita tak sama .
Aku dan kau puny jalan yang berbeda .
Fahami jiwa ku , nescaya kau akan bisa difahami . 
Terima kasih .

Monday, November 28, 2016

Petua Untuk Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya , mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua . Andai tinggal berjauhan , hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar . Jika duduk berhampiran , cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya . - KakNa selalu buat dulu semasa menjadi tunangan orang . Hehehe .

2. Ketika berkunjung , bawalah buah tangan bersama . Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah - buahan . Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati . Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan . - Ishh , kalau tak jadi mertua pun emmang jenis bawa buah tangan bila pergi rumah orang lain . Macam tak sedap pula nak datang dengan tangan kosong , hehe .

3. Kenali sikap sebenar mertua anda . Tanya kepada pasangan anda , apa yang disukai dan dibenci oleh mertua . Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci , secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak . - Emm , sampai sekarang KakNa masih cuba memahami dan mendalami keinginan dan kemahuan ibu mertua ku . Korang yang baru kahwin tu jangan lah mudah sentap tau ! Kena banyakkan bersabar dan berdoa , In shaa Allah , Allah akan bantu .

4. Setelah berkahwin , jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka . Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka . Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua . - Emm , yang ni KakNa akui kadang - kadang KakNa terlepas juga angin monsun barat daya ni dengan encik suami . Maaf bebanyak ler sayangku . 

5. Setiap kali bertandang , cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya . Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu . Ingat , jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri . - Yang ni selalu mak mertua KakNa yang buat lawak , KakNa tukang gelak je . 

6. Berkongsi minat dengannya . Kalau dia gemar bercucuk tanam , anda juga harus belajar bercucuk tanam . Kalau dia gemar memasak , tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya . Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai . Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius . - Minat tak sama , tapi KakNa akan cuba juga tunaikan permintaan dia . Biasanya , kami bawa ke kedai bunga je untuk mak mertua pilih bunga yang dia nak beli . 

7. Apabila tiba hari - hari penting seperti ketibaan Hari Ibu , Ulang Tahun Perkahwinan , Hari Bapa dan Hari Lahir , jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu . Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka . - Ucap jelah , ataupun kiteorang belanja makan , tu je yang paling senang .

8. Paling penting , jaga pertuturan anda . Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’ , anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda . Kata orang, kerana mulut , badan binasa . Jadi berhati - hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka . Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua . - Mulut kami berdua memang agak panas , tapi KakNa selalu usaha untuk tidak menyakitkan hati mak mertua supaya dia tak berkecil hati . 

9. Setelah selesai majlis kenduri , pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut . Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri . Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk , kuali , gelas atau pinggan mangkuk . Walaupun anda keletihan , tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut . Tetapi jika majlis dilakukan secara katering , cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah . - Selalunya mak mertua KakNa tempah catering je , tapi tugas KakNa memang basuh pinggan mangkuk dan potong buah - buahan . Selain tu , abah dan mak mertua KakNa memang bukan jenis suka buat kenduri yang kerap , tapi kalau sekali sekala buat memang meriah dan muai . 

10. Akhir sekali , cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri . Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat . Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka , pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar . - Ini yang biasanya orang perempuan tak boleh terima untuk awal perkahwinan . Memang akan ada fasa berjauh hati atau berkecil hati sesama mertua dan menantu . Tapi , KakNa suka ambil pendekatan positif , dengan berfikir bahawa mak mertua adalah wanita kedua yang KakNa perlu sayang selepas mak kandung . Lagipun , mak mertua KakNa memang sayang KakNa , cuma dia tak pandai nak luah , sama je macam anak dia . Hehehe .

Post ni , dah lama duduk dalam draft KakNa , baru hari ni KakNa nak published sebab KakNa rasa dah sampai masa . Yelah , dulu belum kahwin , so tak boleh nak komen banyak - banyak , nanti kena kecam . Hehehe . 
KakNa tak tahu siapa yang tulis petua ni , tapi KakNa copy paste dia FB , sebab tukang copy tu pun dia tak tahu siapa penulis asal . Apapun , siapa penulis asalnya , KakNa ucapkan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan memudahkan kehidupan beliau . Diharap perkongsian beliau ni bukan sahaja memberi kebaikan dan manfaat kepada KakNa , malahan juga kepada sesiapa yang membacanya . 

Sunday, November 27, 2016

Masa dan Harta

 

Bila kau hanya ada masa tapi bukan harta untuk dihabiskan . 
Maka kau hargailah apa yang ada di hadapan . 
Anak orang lain mungkin gembira dengan banyak makan , 
tapi anak - anak kau gembira bila dapat berjalan . 
Lain manusia , lain kemahuan dan keinginan . 
Lain sifat malahan sikap .
Nikmat apalagi yang kau ingin dustakan . 
Jika Tuhan beri kau kekuatan , mana mungkin syaitan mampu menewaskan . 
Jika kau yang hanya mahu melayan , setinggi gunung kekuatan pun kau tetap akan ditawan . 
#LoveYourselfFirst 
#FamilyFirst 
#KakNaFamily 
#AmyrulSiblings

Saturday, November 26, 2016

ANAK DARA VS MAK DARA

 


Betul lah orang kata , anak dara ni , x cantik mana pun pasti orang suka .


Tengok si kuning , muka kemerah-merahan bila kena panas . Tak perlu blusher . Merah semulajadi . X makan supplement , kulit anjal sentiasa . Bibir merah bak delima . Padahal hanya lipbalm semata . Sangat menggoda sesiapa malah si bakal pemilik jiwa . Iyalah , Sweet 25 katanya . 😅


Sabar .


Cuba lihat si tudung biru . 

Habis ditepek krim siang dan foundation , kulit kusam merata . Jerawat kecil tak nampak namun x bisa juga dibilangnya . Bibir merekah , seolah kena ulser . Lipstik mahal atau murah bukan puncanya . Nak pakai pun mana yang sempat je ler . Tiada istilah selfie di dalam kereta . Anak - anak semua asyik menerpa . Tapi tak mengapa , syukur masih ada peminat setia . Yang sanggup tunggu depan toilet sana , yang sanggup makan saki baki dalam pinggan yang sama . Yang sanggup tidur di tapak kaki asalkan kita tak kemana - mana 😂


Sekarang , kau mahu yang mana ? 

Si dara pasti akan tua juga . Muka merah menahan marah sahaja . 

Si mak dara pasti akan gembira . Melihat anak - anak membesar depan mata . Apa lagi yang dia mahu ? Kau tak ingin , seribu kali dia tak mahu . 😂😂😂 #KakNaStories #KakNaSendaGurau #MudahTerhibur #JanganTerasaKakNaCakapJe

Tuesday, November 22, 2016

Lempeng Cajun

 

Assalamualaikum and good morning ,

Hari ini sarapan lempeng . 😂😂😂😂


Hehe . Hari ni agak rajin , buat lempeng . Tapi lempeng KakNa ni bukan plain je tau . KakNa letak Cajun . Masa bancuh tu tersilap letak garam banyak plak , so agak masin . Hehe . Tapi tak apa , so far boleh telan lagi . KakNa buat nipis - nipis supaya nanti kalau kawan - kawan makan bagi perabih . Hahaha . Pandai tak ?


Mesti korang tertanya - tanya KakNa makan lempeng ni dengan apa ? Haaaa ... Cicah lah dengan gula ! Sambal KakNa tak buat sebab malas + tak pandai , hahaha . So nanti beli je dekat Cafe office tu . Ala , janji cicah . 


Oklah , nak pergi office dah . Jumpa lagi .


Sunday, November 13, 2016

Tersuka Tanpa Sengaja



 


Tetiba je tersuka tanpa sengaja .

Terjatuh cinta .

Macam drama kat TV plak rasanya .

Servey G-Shock , ternampak Baby-G .

Ohmaaakkkaaiiii !!

Xlena tdo malam . Harus masuk wishlist ni . 

Sebab tak menahan melihatnya 😍😍😘😘

Saturday, November 12, 2016

BERSYUKUR

Sejak Awal Muharram lalu , KakNa sering diuji Allah . Sakit tekak on off, sakit kepala on off . Ujian anak , ujian kerja dan macam-macam lagi .


Mula-mula KakNa menangis , tapi sekarang dah tak ada air mata yang ingin dititiskan . Sehinggalah KakNa sujud dan mengadu pada Yang Esa . 


Orang lain mungkin rasa apa yang KakNa lalui tak seberat apa yang mereka hadapi . Iya , betul . Allah tu tak zalim . Setiap ujian , dugaan yang kita terima adalah setimpal dengan kemampuan kita .


Tapi , kenapa kita masih berasa kecewa setiap kali diduga ? Mengapa ? 


Sebab kita semua hanyalah hamba Allah yang tak sempurna . Allah jadikan atau wujudkan perasaan kecewa , sedih atau hampa dalam diri kita adalah semata - mata untuk kita sedar , bahawa tiada yang kekal melainkan Allah .


Allah juga mahu kita ruku' dan sujud kepadaNYA . Bercinta denganNYA dengan sebenar - benar cinta . Merindukan DIA , dengan sebenar - benar rindu . 


Syukur .


Ya KakNa bersyukur , diberi peluang menjadi seorang anak , diberi rasa untuk menyelami hati suami , diberi masa untuk bermain dengan anak - anak , diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan . 


Tapi , KakNa juga manusia biasa . Ada masa KakNa boleh tersenyum , ada masa KakNa juga akan menangis . Menangis bukan untuk tunjuk kelemahan , tapi menangis kerana terlalu letih , terlalu penat . Penat menjaga hati manusia .


Namun , Alhamdulillah . Awal Muharram lalu , KakNa sedar jika ada sebarang ujian yang KakNa terima , KakNa kena muhasabah diri semula . 


KakNa cuba amalkan konsep , "FORGIVE AND FORGET" . Walaupun kadang nak melupakan itu satu perkara yang amat sukar , KakNa cuba juga , mungkin tak boleh 100% lupa , tapi sekurang - kurangnya KakNa cuba .


Apapun , doakan KakNa terus istiqamah dalam menjaga hati sendiri . Begitu juga dalam menjaga hubungan dengan Allah . Hubungan dengan manusia ? Tak apalah , biar Allah yang jaga hati mereka . KakNa usaha mana yang mampu . In shaa Allah .  😊


Terima kasih pada yang baca sampai habis . Jemput datang baca lagi .


Assalamualaikum . ✌🏻️

Friday, November 11, 2016

Perihal Anak

 

 

KakNa tak pernah takot ada anak ramai. Biarlah orang nak cakap apa. Tapi, Allah lebih mengetahui. KakNa kan ceaser. Jadi sesiapa yang boleh bersalin normal tu jangan sekat2, sebab kita tak tahu bila kita tua kita larat ke nak tanggung risiko ketika hamil dan sebagainya.

Teringat KakNa bila ada orang tanya kenapa KakNa merisikokan diri untuk mengandung lagi sedangkan dah bersalin ceaser. KakNa jawab satu je.

"Kalau nak meninggal, duduk tengok tv pun boleh 😊"

Terus KakNa dikecam takbur. Tak apalah, biar Allah tahu apa yg ada dlm hati KakNa.✌🏻️

Thursday, November 10, 2016

Harta Dunia dan Akhirat

Harta Dunia Akhirat.

 

Nilah yang aku ada.
Yang peluk aku bila aku menangis.
Yang sapu air mata aku bila aku menangis.
Yang mahu aku pangku.
Yang mahu aku tatang.
Ini je yang aku ada.
Aku tak ada emas permata.
Tapi ini tiada galang gantinya.

Walau dimarah, mereka tetap mahu tidur dipangku oleh ku.
Tetap mahu dipelukku.
Tetap mahu dikucupku.

Inilah tempat aku bermanja.
Tempat aku meluah rasa.
Tempat aku mengadu duka lara, keluh kesah dunia.
Sedangkan mereka tak tahu apa.

Aku takot aku tak mampu jadi yang terbaik.
Aku takot aku tak mampu beri yang terbaik.
Aku takot siangku tanpa mereka.
Aku lebih takot siang mereka tanpa aku.

Aku insan lemah.
Aku mungkin kurang diajar, sebab aku tak sempat belajar.
Ajarilah aku seperti mahumu.
Jika kau rasa itu yang perlu.

Berhenti.
Berhenti menghukumku.
Sakit jiwaku.
Seksa batinku.
Kerana aku tahu, sakitku adalah sakit buat anak-anakku.

#InspirasiKakNa

Wednesday, November 09, 2016

Wordless Wednesday #36 :Abang vs Adik


Abang dan Adik . Bila baik , Ya Allah , mesra kemain ! Bila gaduh , nak roboh rasa rumah kami . Hehehe .


Rindunya masa ni , semua comel ! 
Si Arsyad dengan rambut pendek dia , Akhmal pula belum pandai merengek manja . Oooooohhoooiiii ! Nak mengandung pula rasa ! 
ooopppss !

Monday, November 07, 2016

Cermin Mata


 Cermin mata

KakNa rasa, KakNa dah kena terima hakikat bahawa KakNa dah kena pakai cermin mata secara kekal. 😭

Semua tak nampak. 

Allah baru tarik nikmat sikit. 

#KakNaStories

Saturday, November 05, 2016

Rakan Sekerja Yang Baik

Hai korang .

Hari ini KakNa nak perkenalkan rakan sekerja yang paling KakNa sayang dan percaya . Akak ni dah macam akak kandung KakNa . Dia selalu bagi sokongan pada KakNa walaupun kadang kala KakNa rasa KakNa tak layak kawan dengan dia . 

 

Korang tengoklah , akak ni kecik je . Kalau keluar dengan dia , orang meati ingat dia tu lagi muda dari KakNa . Malunya . Nampak sangat KakNa ni tak cantik dan nampak tua . Haiishhh . Tak apalah , yang penting persahabatan kami tetap kukuh . 

Terima kasih Kak Eton sebab terima saya sebagai kawan dan anggap macam adik . 😘

Friday, November 04, 2016

Kisah keropok

 

Bujang2 ni suka makan . 
Tapi nak carik yang sedap susah .
Sekali hadap satu balang ,
Makan mengadap nak berhenti payah .

Anak - anak KakNa suka sangat makan keropok ikan . Keropok ni keropok ikan tamban . Kalau nak lagi sedap ikan parang lah . 

Tapi masa beli keropok ni , mak cik kedai tu cakap ikan parang susah nak dapat sekarang tambahan pula harganya mahal . Maka , semakin ramai peniaga IKS tak mampu nak ambil ikan parang dalam kuantiti yang banyak .

Apapun , pada KakNa , dengan cara membeli barangan di tepi jalan ketika bercuti adalah cara untuk membantu peniaga kecil ini . Usaha KakNa mungkin nampak kecil , namun KakNa tahu itulah yang KakNa mampu . Sekurang - kurangnya bila KakNa membeli dapatlah mereka meneruskan hidup seharian mereka .

Korang pun kenalah bantu sama . Tak perlu beli banyak . Kalau lalu tepi jalan , singgahlah dan beli lah ikut keperluan . Mereka akan berterima kasih pada korang tau !
Yelah , dalam keadaan ekonomi sekarang kan , kalau kita tak membeli , macam mana ekonomi kita nak berkembang ? Betul tak ?

Selamat membeli ! Hehe !

#manatakgemuk 

Thursday, November 03, 2016

#KakNaFitJouney : Day 1 - Day 3 , Week 0

START

01.11.2016
Selasa

Height : 160 cm
Weight : 94.7 kg

Day 1 : 94.7 kg


Ukuran : 
- Lengan : 14 inci
- Dada : 43 inci
- Pinggang : 47 inci
- Punggung : 50.5 inci 

Breakfast :
- Lontong 5 ketul dan sayur goreng . 

Lunch :
- Nasi putih segenggam + sayur sawi goreng + ikan selar goreng petai , 3 ekor kecil

Snack :
- 1 roti chicken floss Lavender

Dinner : 
- Nasi goreng Kampung + Telur Mata

Air :
- 1.5 liter

02.11.2016
Rabu

Breakfast : 
- Bihun sup tanpa kuah

Lunch :
- Nasi segenggam
- Ayam kepak masak kari , kuah 1 sudu
- Sayur campur goreng ( kobis & sawi)
- Daging masak rendang

Dinner :
- Chicken chop (breast) with small portion fries

Air :
- 2.5 liter

03.11.2016
Khamis

Breakfast :
- Lontong basah , kuih (4 keria , karipap , ketayap)

Lunch : 
- Soto Nasi 4ketul + 2 biji bergedil

Dinner :
- Nasi putih dan sup ayam.

Air :
- 2 liter

Updated on 03/11/2016

Wednesday, November 02, 2016

Wordless Wednesday #35 : BFF







Emm , entah bila nak keluar sama - sama lagi . Ini gambar awal tahun 2016 KakNa dengan Best Friend Forever KakNa ni . Gambar yang latest nanti KakNa kongsi yer . Gambar ni masa KakNa dan KakLina pergi membeli - belah di AEON Tebrau , Johor . Kira macam gambar baling belakang juga lah .

Doakan hubungan persahabatan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami . In shaa Allah . 

I Love You , Babe KakLina ^_^

Tuesday, November 01, 2016

01.11.2016

Hai November !

Korang , KakNa nak beritahu . Mulai 01.11.2016 ni url blog KakNa dah bertukar tau. Dulu url KakNa ialah amysyghana.blogspot.my . Sekarang dah tukar tau , jadi kaknajourney.blogspot.my. KakNa tengah buat penjenamaan semula . Ceh ! Hehe !

In shaa Allah lepasni semua bertukar , fb , ig, fb page (coming soon) untuk naikkang rangking blog KakNa ni . Diharap semua kawan - kawan sudi lah support like and share posting - posting KakNa yer .

Bukan apa , kalau orang lain boleh buat duit dengan dunia blog , KakNa pun nak cuba . Tak salahkan ? Apapun , apa yang KakNa buat ni adalah lebih ke arah kematangan fikiran sejajar dengan umur KakNa yang nk masuk 30 tahun . Semoga penambahbaikan ini dapat diterima oleh semua pihak . In shaa Allah , KakNa akan cuba seberapa kerap untuk blogwalking dan update blog yer.

So , stay tune !

Monday, October 31, 2016

KakNa Review : Qu Puteh Drink


 
Hai korang.

Last sweet drink for today.
October treats.
Tomorrow start with new lifestyle.

Komen KakNa?
-->> SEDAP, tak manis sangat.
Mungkin sebab dah biasa makan collagen and so on. So rasa dia tak terlalu manis.
Yang ni rasa anggur, so fresh.
Mata yang ngantok tadi tetiba jadi segar 👀👀

Koranh boleh cuba! Serious best!
Tq yang belanja.
Ini boleh jadi one of my cheat meal. ✌🏻️
Hehe..
Tq @datoserivida buat produk ni.
#KakNaReview

Selamat Tinggal Oktober !

Assalamualaikum korang ! 

KakNa rasa bulan Oktober ni bulan paling sekejap sebab KakNa sibuk sangat dengan hal dunia sampaikan kekadang lupa hal akhirat . Allah ! 

Maafkan KakNa. 

Semoga kedatangan bulan baru ini memberi 1001 erti buat KakNa dan semua ! Doakan perjuangan kurus KakNa tidak terhenti di tengah jalan . I felt , this is the best time to change ! Dengan apa yang jadi sepanjang Oktober ni , KakNa harus berubah !

KakNa harap apa yang jadi sepanjang bulan Oktober 2016 ni bukanlah pengakhiran kepada semuanya . Ini adalah permulaan dalam kehidupan KakNa dan KakNa harus terima dengan redha dan hati terbuka . Jadi orang lain tak boleh nak kecam KakNa selagi KakNa kuat dan redha . 

KakNa juga harap agar sesiapa yang ditimpa masalah tak kira besar atau kecil , sentiasa bersabar dan mengadu lah pada ALLAH . Sebab Allah sahajalah yang mampu membantu kita semua kerana Allah sahaja yang mampu membolak balikkan hati manusia . Sentiasa bersyukur dengan masalah yang kita hadapi itu , kita masih mampu mengingati Allah .

So , lebih baik setiap apa yang berlaku kita terima dengan hati yang terbuka dan senyum . In shaa Allah , ia tak menyelesaikan masalah , tetapi ia adalah terapi yang baik . Cubalah !

Okay , stop sampai sini dulu . Jump alain kali di next entri .

BYE !

Wednesday, October 26, 2016

Tuesday, October 25, 2016

Tragedi Oktober 2016

Hai .

Banyak berlaku bulan Oktober 2016 ni .

Hari ini , 25/10/2016 (Selasa) satu Malaysia dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru (HSAJB) . Innalillahi wa innailaihi rajiun.

Banyak lagi perkara yang jadi. Tapi , masih ada perkara yang baik berlaku juga . 

Apapun , apa yang terjadi ada hikmahNya dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang .

Al-fatihah . 

Wednesday, October 05, 2016

Wristlet Wishlist 2016

hai korang.

aku nak share something. siapa yang baca wishlist 2016 aku mesti dia tahu. benda yang aku nak share ni ada dalam tu.

Alhamdulillah , setelah sekian lama mengidam , akhirnya wristlet idaman aku ni dapat gak aku beli pada 06/03/2016 (nampak sangat lama peram entri ni kan)

nampak macam biasa je , tapi pada aku dah cukup bermakna . kalau korang nak tahu , aku beli wristlet ni AEON Tebrau City , Johor Bahru masa aku keluar dengan BFF aku  si Azlina tu . 

 


boleh tahan jugak harganya kan ? tapi tak apalah , bukan selalu . Aku ni jenis orang yang menang membeli menang memakai , bahasa lembutnya orang yang cermat . Eh , terpuji diri sendiri plak . 

Okaylah , ni je aku nak share sebagai kenangan dalam blog aku ni . Nanti aku share lagi . Banyak lagi aku nak kongsi cerita dengan korang ni . 

Sehingga berjumpa lagi . 

Assalamualaikum !

#KakNaFitJourney

Korang . 

Korang nak follow perjalanan kurus KakNa tak? 

Tak nak ? -->> sila unfollow , hehehe .

Nak ? ! -->> Sila follow Instagram KakNa yer -->> nurfarhanah87  

Korang jangan lupa tengok carian #KakNaJourney , #Misi90Kg , #KakNaMakan dan #KakNaFitJourney

KakNa suka share dekat IG sebab KakNa rasa tak berminat nak share di Facebook memandangkan banyak sangat komen negatif kan . Akak ni walaupun bersaiz Mak Paus ramai jugak yang cemburu dengan akak tau . Ramai yang akan menangis kalau akak kurus . hahahhaaa .

Jom tengok berat KakNa pada 01.10.2016 . 


Konon-konon nak start diet pada tarikh ni , tapi nohorommmm ! tak kuasa lah KakNa nak tahan dugaan lapar dahaga tu ! ahaks ! (memang sampai tualah ko jadi Mak Paus KakNa) 

Nanti KakNa dah start semula KakNa update sini yer ! Tunggu tau ! Jangan lupa doakan KakNa kurus dan cantik ! heheheh ..

Adios .

Tuesday, October 04, 2016

Aktiviti hujung minggu

Hai korang . 

Pergh , boleh menangis lah orang kalau tengok KakNa bersenam ! Jangan tak percaya yer ! KakNa pun tahu lah nak bersenam untuk sihatkan badan . 

Alhamdulillah , setiap hujung minggu KakNa akan bawa anak - anak pergi ke taman untuk beriadah . Almaklumlah , sejak orang asyik gelar KakNa ni sebagai Mak Paus , KakNa rasa KakNa memang perlu untuk bersenam dan kurangkan berat badan . KakNa pun tak nak paksa diri , buat je mana yang mampu dulu . 


Gambar ni diambil masa KakNa beriadah di Taman Merdeka, Johor Bahru bersama - sama suami dan anak - anak . Gambar mereka semua tak ada sebab anak KakNa yang kecik tu buat perangai nak berjalan je . Hehehe . 

Kalau korang nak tahu , gambar ni diambil oleh anak sulung KakNa , Amyrul Arsyad . Sekarang ni , pantang nampak kamera atau apa jua situasi yang dirasanya menarik , pasti dia akan ambil gambar . Kadang - kadang rasa malu juga , yelah Mak Paus nak bergambar . Huhuhu .

Apapun , jangan kecam KakNa yer dengan gambar tu . Rasanya gambar tu dah paling sopan dah . Saja nak kongsi dengan korang aktiviti hujung minggu KakNa . Selain tu , nak kongsi juga perangai anak KakNa yang dah semakin bijak . 

KakNa harap korang pun dapat luangkan masa yang bermanfaat di setiap hujung minggu . KakNa pun baru mula , nanti KakNa cerita lagi .

Terima kasih sudi baca . Assalamualaikum . 

!!Jom Tambah Pendapatan!!