kbba9

DUIT MODAL

Thursday, January 26, 2017

DAY 22 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Bila Start Berblogging ?



Assalamualaikum w.b.t

Mesti korang tertunggu - tunggu post bagi cabaran KakNa yang ni kan ? 
Ha , rugilah korang kalau korang baru tengok blog KakNa . Hahaha .

Okay okay . Kita terus pada cabaran hari ini . Cabaran hari ini adalah " Bila Start Berblogging " ?
Nak tahu jawapannya ?
Senyum dulu .
.
Ala tak senyum pun .
.
😊
Ha , macam ni lah . Baru lah betul follower KakNa . Eh , yeke KakNa ada follower ? 
Kahkahkahkahkah ( gelak jahat )

Okaylah , sebenarnya untuk pengetahuan korang . KakNa ni dulu tak pandai berblog - blog ni . Semuanya berpunca daripada budak praktikal kat office KakNa dulu . Diorang suka baca blog dan diorang ada blog . ( Sekarang dah tak aktif dah ) 
Diorang lah yang ajar KakNa macam mana nak buat blog ni bagai . 

Kisahnya , diorang suka dengar cerita ( baca masalah ) kisah cinta KakNa . So , diorang cakap kalau KakNa buat blog , boleh lah kongsikan dengan orang lain . Hehe . Iya , sebab dah terlalu banyak cerita , KakNa tak tulis pun semua ( baca malas ) hahahaha .

Hari pertama KakNa buat blog dan email untuk blog ni adalah pada 01.04.2011 . Tapi post pertama KakNa adalah pada 02.04.2011 . Email KakNa guna adalah amyhanna8187@gmail.com dibuat sempena nama KakNa dan tunang KakNa ( sekarang dah jadi suami lah ) dan Alhamdulillah , inilah satu - satunya email paling lama KakNa guna dan paling aktif . Bayangkan , dah 6 tahun rupanya blog KakNa ni . 

Dulu nama blog KakNa ialah Chubby Hanna (amysyghana.blogspot.my) . Sebelum nama Chubby Hanna , KakNa rasa tak ada nama lain . Tapi hujung tahun 2016 , setelah hampir 5 tahun menggunakan nama Chubby Hanna tu , KakNa tukar lah nama blog KakNa tu dengan nama KakNa Journey ni . Sebenarnya KakNa nak viralkan nama #KakNaJourney sebab nak branding . Yelah KakNa kan buat bisnes part time jua Dianz Vitamin . Ofkoslah KakNa nak orang kenal KakNa . Tapi , tulah , masa hujung tahun , KakNa sangat sibuk dan tak ada masa nak brandingkan nama #KakNaJourney tu .

So , in shaa Allah tahun 2017 ni , KakNa nak brandingkan nama #KakNaJourney ni sampai semua kenal dan naik rating blog KakNa . Aaminn . Semoga Allah perkenankan doa KakNa . Tahun ni juga tahun ke 6 KakNa so , mungkin KakNa nak buat contest ke , tengok macam mana nanti yer .

Apapun , tak kira berapa lama kita dalam dunia blogging ni , di harap tujuan kita sama iaitu nak menaikkan taraf blogger kita dan bukan untuk memcah belahkan sesama kita . Semoga suatu hari nanti kita juga boleh dapat income yang banyak dalam dunia blogger ini . 

Jumpa lagi semua !

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger 

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING