kbba9

DUIT MODAL

Sunday, May 21, 2017

183 days, 24 weeks

 

Anak,
26 minggu lepas awak tak buat Ummi mabuk sangat macam hari ini. Hari ni, lepas makan, awak bergerak / bergolek sampai Ummi rasa nak pitam. 
Ummi tido sampai 2 jam sayang. Kejap tadi Ummi muntah segala makanan yang Ummi makan untuk awak.
Allahu.
Baru Ummi tahu macam mana orang yang mabuk hari-hari tu.
Ummi kena kuat untuk awak.
Nanti awak keluar, awak picit kepala Ummi macam abang-abang awak eh?
Ummi sayang awak.
#KakNaPreciousMoments 

Selamat Hari Lahir Mak :'(


 

21.05.1957 - 21.05.2017
Kalau mak ada lagi, mesti arini mak dapat hadiah banyak sebab hari last berkerja.

Tapi jangan risau, mak tetap dapat banyak hadiah Al-fatihah daripada anak-anak mak.

Mak, cucu mak dah ramai tau. Kalau mak ada mesti uda paling gembira sebab mak dah "bebas" dan boleh bantu uda berpantang. 
Tapi, Allah lagi sayang mak. Allah taknak uda susahkan mak. 
Mak rehat lah ea. uda sayang mak. In shaa Allah, nanti uda datang tengok mak yer.

Al-fatihah.

#MakKakNa #TiadaGalangGanti #RinduKariIkanTongkolMak #RinduMakSikatRambutSambilBebel #RinduSemuanya #AllahKauLapangkanlahKuburDia

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING