kbba9

! Raya Sale !

Monday, June 12, 2017

Bukan senang 😔


 

Bukan senang nak besarkan anak.

Nak larikan dia daripada gajet? 

Kau kena tahan diri dan biarkan dia sepahkan rumah.
Kau kena tahan diri dan biarkan dia buat bising.
Kau kena tahan diri dan biarkan dia bereksperimentasi.
Kau kena tahan diri dan belikan dia mainan yang menguji minda.

Finally.
Kau kena tahan diri sebab kau mungkin tak tahan untuk hari esok.

Kau cubalah, anak kau lagi bijak daripada kau.

Anak kau tak jumpa pasir dan parit.
Anak kau tak jumpa pokok manggis dan duku.
Anak kau tak jumpa "belon acah"
Anak kau tak jumpa "tok bomoh" ubatkan pesakit dengan daun bunga raya.

Tak ada KakNa.

Yang ada cuma kau je.
Yang ada cuma kekuatan kau.
Yang ada cuma keinginan kau nak diorang belajar.
Yang ada cuma harapan kau diorang lupakan gajet.
Yang ada cuma kuasa doa kau.

Tu je yang kau ada.

#kbba9 #MyKids #AmyrulAkhmal15 #KakNaKids #KakNaPreciousMoments 

17 Ramadhan 1438H

 

Ya Allah , cepatnya masa berlalu . 

Rasa macam baru semalam berpuasa . 

Banyak dah ke amalan korang ?

Semoga Allah menerima segala doa - doa kita dan mengampunkan dosa - dosa kita .

Aaminn ..

!!Jom Tambah Pendapatan!!