kbba9

DUIT MODAL

Friday, June 16, 2017

Butang Baju Raya

Assalamualaikum korang .

Kelmarin cerita baju raya anak - anak , hari ni nak cerita pasal butang 
baju raya suami , hehe padahal baju raya pun belum beli . 

Kisahnya , di pejabat KakNa kerja ni boleh kata setiap bulan akan ada peniaga
 yang menjual barang dagangan mereka , antaranya macam penjual butang dan pin 
tudung ni lah . Alkisahnya , butang baju raya Mr. Clerk ni biasanya bila raya mesti 
tak ada , so KakNa akan beli untuk Mr. Clerk pakai lah . Warna biasanya KakNa 
beli putih atau silver sebab senang nak padankan dengan baju . 
Yelah , baju pun tak beli lagi , mana nak tahu dia nak pakai baju warna apa .
Sebab tiap tahun sejak kahwin , dia suka pakai baju yang dah siap je . 
Tapi kali ni , KakNa request nak ambil gambar dekat studio , so nak nampak kemas 
kena lah pakai butang baju yer tak ? 
Almaklumlah , suami KakNa tu suka pakai baju jenis cekak musang .

 
Ni lah butangnya , sesuai untuk baju cekak musang

Bila beli butang baju untuk suami , KakNa tak lupa juga beli brooch untuk diri sendiri. Almaklumlah , KakNa kan peminat tudung bawal, so , mestilah beli juga . 
Walaupun mungkin tak pakai untuk raya , tapi KakNa memang akan beli , 
cuma KakNa ni jenis selagi tak rosak (karat) selagi tu pakai .

Ni KakNa punya . Cantik tak ?

KakNa dah pakai dah masa hari Khamis aritu buat pergi kerja , 
malas aih nak tunggu raya , hehe . Okaylah , nanti KakNa kongsi lagi ya apa yang 
KakNa beli untuk persiapan raya ni .

Terima kasih sudi baca !

!!Jom Tambah Pendapatan!!

DUIT SHOPPING